SEREMBAN – Seorang anggota polis berpangkat koperal ditahan reman selama empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kes rasuah wang tunai RM1,500 di Kuala Pilah sejak bulan lalu. Perintah reman ke atas suspek berusia 49 tahun dikeluarkan di hadapan Majistret Rahimah Rahim kira-kira pukul 11 pagi tadi. Permohonan reman dikemukakan oleh Pegawai Pendakwa SPRM, Mohd. Khairi Abdul Karim bagi menjalankan siasatan mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009. Terdahulu, lelaki terbabit tiba di Mahkamah Majistret di sini pukul 10 pagi dengan diiringi pegawai SPRM.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya