KUALA LUMPUR 4 Sept. – Bintang ternama Hong Kong, Andy Lau, 57, mengucapkan tahniah kepada tenaga kerja Hantu Kak Limah (HKL) atas kejayaan berganda yang dicapai oleh produksi filem berkenaan sejak mula ditayangkan pada 9 Ogos lalu. Merekodkan kutipan sebanyak RM35 juta sejak mula ditayangkan, pengasas bersama syarikat Infinitus Entertainment Group itu turut menzahirkan rasa bangganya terhadap pencapaian tersebut. Penerbit Eksekutif Infinitus Gold, Gayatri Su-Lin Pillai berkata, ucapan tahniah itu disampaikan kepadanya menerusi aplikasi sembang WhatsApp. “Selaku salah seorang pengasas syarikat ini, kami memang selalu berhubung antara satu sama lain…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya