Andy Lau rai kejayaan Hantu Kak Limah hampiri RM40 juta - Utusan Malaysia

Andy Lau rai kejayaan Hantu Kak Limah hampiri RM40 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 5 Sept. – Pelakon terkenal Hong Kong, Andy Lau, 57, hadir ke majlis makan malam bagi meraikan kejayaan filem Hantu Kak Limah yang meraih kutipan pecah panggung sebanyak RM36 juta sejak ditayangkan 9 Ogos lalu.

Bertindak selaku pengasas bersama Infinitus Entertainment Group yang menaungi syarikat penerbitan Infinitus Gold, kehadiran Andy diiringi penerbit eksekutifnya, Gayatri Su-Lin Pillai.

Selain itu, pengarah naskhah tersebut, Mamat Khalid serta barisan pelakon utama seperti Datuk Awie, Zul Ariffin, Dalimawati, Ropie, Mus May, Sharwani, TJ Isa, Jue Aziz, Ziema Din dan Imuda turut hadir memeriahkan majlis.

Memuatkan artikel berkaitan…

Dalam majlis itu juga, turut diumumkan pemberian bonus kepada semua kru produksi dan para pelakon yang terbabit. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini