SHAH ALAM 12 Sept. – Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini membebaskan dua anak tiri Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Cradle Fund Sdn. Bhd. (Cradle Fund), Nazrin Hassan, daripada perintah reman selama tujuh hari.
Hakim Datuk Ab. Karim Ab. Rahman mengketepikan perintah tahanan reman yang dikeluarkan oleh Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada Ahad lalu.
Keputusan itu dibuat selepas permohonan semakan tahanan reman dibuat oleh peguam plantif.
Ab. Karim dalam penghakimannya berkata, alasan permohonan remah yang dibuat oleh pihak polis sebelum ini tidak mempunyai sebarang justifikasi untuk membolehkan kedua-dua suspek ditahan selama tujuh hari.
“Saya ubah perintah tempoh reman berakhir hari ini selepas pukul 5 petang,” katanya. – UTUSAN ONLINE










