HARAPKAN pegar, pegar makan padi. Itulah nasib yang dialami oleh Naimah, 45, apabila individu yang ditatang bagai minyak yang penuh sanggup menconteng arang ke mukanya. Lebih malang apabila perbuatan sumbang yang dilakukan oleh Zaidi, 21, telah menyebabkan masa depan anak bongsunya itu musnah. Akui ibu malang ini, hancur berkecai hatinya sebaik mengetahui satu-satunya anak perempuan yang dimiliki berbadan dua hasil perbuatan Zaidi. “Benar kata orang, bertepuk sebelah tangan tidak akan…










