IPOH – Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim menitahkan agar anak-anak daripada keluarga pelarian di negara ini diberikan layanan secara adil dan saksama seperti yang diterima oleh kanak-kanak lain. Baginda bertitah, anak-anak daripada keluarga pelarian tidak seharusnya menjadi mangsa dan menanggung penderitaan disebabkan perbuatan yang bukan dilakukan oleh mereka. “Dunia sedang menyaksikan krisis orang pelarian secara besar-besaran dengan jutaan manusia terpaksa berpindah-randah, mencari perlindungan di tempat-tempat yang lebih selamat, berkhemah…










