KUALA TERENGGANU 13 Sept. – PKR boleh digambarkan sebagai sebuah parti ‘gelojoh dan tidak sabar’ apabila mengumumkan kerusi Parlimen Port Dickson dikosongkan bagi memberi laluan pilihan raya kecil (PRK) khusus untuk Datuk Seri Anwar Ibrahim. Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, dalam masa sama sistem demokrasi negara ini bagaikan diperlekeh dan diperolok-olok memandangkan pendekatan itu diambil demi agenda keluarga dan peribadi seorang individu semata-mata. “Dulu pada 2008…










