Alumni UiTM kunjungi Exco Pelaburan Melaka - Utusan Malaysia

Alumni UiTM kunjungi Exco Pelaburan Melaka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA 25 Sept. – Persatuan Alumni Universiti Teknologi Mara Malaysia (PAUiTM) sebentar tadi mengadakan kunjungan hormat terhadap Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan dan Pelaburan negeri, Mohd. Rafiq Naizamohideen di pejabatnya di Seri Negeri di sini.

Kunjungan seramai lapan anggota itu diketuai oleh Presiden PAUiTM, Datuk Zaini Hassan bagi bertemu dengan Mohd. Rafiq yang juga merupakan alumni Universiti Teknologi Mara (UiTM) pada tahun 2004 dan merupakan lulusan Ijazah Sarjana Muda Perakaunan.

Dalam pertemuan selama hampir sejam itu, Zaini dan semua ahli berkongsi pengalaman dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paya Rumput itu mengenai hala tuju persatuan tersebut yang dinaungi oleh lebih 650,000 alumni universiti itu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Mohd. Rafiq turut gembira dengan kunjungan itu dan berharap pelbagai kegiatan dapat dijalankan oleh PAUiTM bagi memberi pulangan semula kepada universiti, terutamanya alumni dan masyarakat.

“Sebagai alumni UiTM, saya menyambut baik langkah ke depan yang diambil oleh PAUiTM untuk bertemu dengan sebahagian daripada bekas pelajarnya dan berjanji akan membantu persatuan tersebut mengikut kemampuan saya,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini