Aktiviti penyeludupan masih gagal diatasi - Utusan Malaysia

Aktiviti penyeludupan masih gagal diatasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG, MOHON pentadbiran tertinggi PDRM, Jabatan Kastam dan Eksais Diraja dan Jabatan Imigresen menukarkan semua kakitangan pengua tkuasa agensi tersebut dari Kuala Nerang sehingga ke Durian Burung secara berkala.

Ini kerana isu penyeludupan barang terkawal termasuk minyak merentasi sempadan ke negara jiran masih berleluasa sehingga sekarang.

Walaupun hanya segelintir pegawai yang terlibat, kegagalan mengekang aktiviti penyeludupan menunjukkan kegagalan pihak bekuasa khususnya daripada tiga agensi tersebut.

Memuatkan artikel berkaitan…

Situasi ini bukan sahaja membimbangkan penduduk setempat yang semakin hilang kepercayaan terhadap penguat kuasa malah bimbang ramai anak kampung turut terlibat dalam aktiviti sindiket penyeludupan.

Kegagalan menangani isu ini juga menunjukkan ketua yang lebih tinggi gagal mengekang mahu pun mengawal aktiviti haram rakan sekeja dan anak buah sendiri.

Sampai bila mahu dibiarkan aktiviti penyeludupan ini berleluasa?

Penyeludup umpama pengkhianat bangsa dan penguat kuasa yang amanah, jujur dan bertanggungjawab benteng terakhir di sempadan negara.

Harap perkara ini mendapat perhatian sewajarnya oleh ketua agensi serta menteri berwajib sebelum semua hak rakyat tergadai.

PENOREH TUA

Padang Terap, Kedah

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini