Akta Profesion Kesihatan Bersekutu dilaksana 2019 - Dzulkefly - Utusan Malaysia

Akta Profesion Kesihatan Bersekutu dilaksana 2019 – Dzulkefly

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGI – Akta Profesion Kesihatan Bersekutu 2016 (Akta 774) akan dilaksanakan pada awal tahun hadapan bertujuan menguatkuasakan pendaftaran dan mengawal selia amalan profesion kesihatan di negara ini, kata Menteri Kesihatan, Dzukefly Ahmad. 

Beliau berkata, Akta 774 yang diluluskan pada 4 Februari 2016 adalah ukuran bagi menjamin kualiti perkhidmatan dalam kalangan pengamal kesihatan dalam menyediakan kualiti penjagaan yang terbaik dan lestari untuk rakyat. 

Katanya, terdapat 23 kategori profesion sains kesihatan bersekutu di bawah Kementerian Kesihatan yang merangkumi tiga teras utama iaitu klinikal, kesihatan dan perkhidmatan makmal umum.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sistem Kesihatan di Malaysia semakin penting kerana negara ini mengalami peningkatan beban penyakit berjangkit dan tidak berjangkit serta peningkatan jangkaan rakyat,” katanya. 

Dzulkefly berkata demikian ketika berucap pada Persidangan Saintifik Kesihatan Bersekutu Kali Ke-12 2018 di sini hari ini. 
– LAGI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini