DUA penyerang skuad hoki wanita negara, Hanis Nadiah Onn dan Wan Norfaiezah Md. Saiuti tidak menghadapi masalah besar untuk menyesuaikan diri dengan taktikal diterapkan Wespen Zehlendorfer HC di Berlin, Jerman dalam saingan 1. Bundesliga. Hanis, 22, dan Wan Norfaiezah, 23, juga tidak menghadapi banyak kesulitan untuk mendapatkan persefahaman dengan rakan-rakan sepasukan baharu selepas baru sahaja menyertai pasukan diberi gelaran Wasps itu Selasa lalu. Kedua-dua bintang Malaysian Tigress itu tetap diberikan…










