KANGAR – Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (Aksem) Perlis berjaya merampas 7,659 karton pelbagai jenis rokok putih dan kretek tidak bercukai bernilai RM716,627.20 di dalam sebuah lori berhampiran sebuah rumah di Batu Kurau, Perak pada pukul 10 malam semalam. Komander Aksem Perlis, Deputi Superintendan Syed Basri Syed Ali berkata, rampasan itu hasil risikan pihaknya sejak beberapa minggu lalu dan maklumat orang awam. “Rokok seludup dan elak cukai ini mendapat permintaan yang…










