Air Selangor salur bantuan air di Pulau Ketam - Utusan Malaysia

Air Selangor salur bantuan air di Pulau Ketam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 6 Sept. – Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor) giat menyalurkan bantuan air kepada penduduk Pulau Ketam, Bagan Teo Chew dan Sungai Lima, Selangor yang mengalami gangguan bekalan air ekoran paip dasar laut pecah.

Ketua Jabatan Perhubungan Pelanggan dan Komunikasi Air Selangor, Abdul Raof Ahmad berkata, kerja-kerja pembaikan sedang dipergiatkan bagi mempercepatkan pemulihan bekalan air ke kawasan terjejas.

“Tempoh masa pembaikan dan pemulihan tidak dapat ditentukan buat masa ini dan penduduk akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Untuk maklumat dan status terkini, sila rujuk laman web www.syabas.com.my, aplikasi telefon bimbit pintar ‘Air Selangor’ atau hubungi kami di talian 15300 untuk bantuan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini