SHAH ALAM 11 Sept. – Tiada limpahan air berlaku di kawasan pesisir pantai di lima daerah di Selangor yang berisiko tinggi dilanda fenomena air pasang besar pada awal pagi ini dan keadaan masih baik serta terkawal, menurut Unit Pengurusan Bencana Negeri Selangor. Menurut kenyataan unit itu, ban ataupun benteng di pesisir pantai adalah kukuh dan berada dalam keadaan baik selain tiada berlaku rebakan berskala besar. Bagaimanapun, ban kedua di Sungai…










