IPOH – Timbalan Pengerusi Kesatuan Ulama Muslimin Sedunia cawangan Malaysia, Ahmad Awang dan kartunis terkenal Malaysia, Datuk Mohammad Nor Khalid atau lebih dikenali sebagai Datuk Lat masing-masing menerima anugerah sempena Majlis Sambutan Maal Hijrah peringkat negeri Perak di sini pagi tadi. Ahmad, 82, berasal dari Semanggol, Kerian itu juga merupakan Penasihat Umum Parti Amanah Negara (Amanah) dipilih sebagai Tokoh Maal Hijrah Perak manakala Datuk Lat, 67, yang terkenal dengan karya…










