KUALA LUMPUR 29 Sept. – Benar, jika tiada wang, orang tidak mahu dengan kita, orang jauhkan diri bahkan hendak buat apa-apa juga banyak kekangan. Exco Pergerakan Wanita UMNO, Datuk Mashitah Ibrahim berkata, itu adalah situasi yang mungkin parti itu akan terus hadapi dalam tempoh menjadi pembangkang selepas kalah teruk pada pilihan raya umum lalu. Walau bagaimanapun, katanya, perkara itu tidak seharusnya menjadi penyebab ahli-ahli keluar dari landasan perjuangan orang Melayu…










