SEREMBAN – Seorang ahli perniagaan wanita dipenjara 12 bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tiga pertuduhan memperdaya seorang pelanggannya berkaitan pembinaan rumah, dua tahun lalu. Majistret Mahyun Yusof membuat keputusan tersebut selepas tertuduh, Siti Norbaiyah Yahya, 43, atau dikenali Datuk Anggun mengaku bersalah terhadap ketiga-tiga pertuduhan yang disabitkan ke atasnya. Mahyun kemudian menjatuhkan hukuman penjara 11 bulan bagi pertuduhan pertama dan masing-masing 12 bulan bagi pertuduhan kedua dan ketiga namun, memerintahkan agar hukuman penjara berjalan serentak bermula dari tarikh dia ditangkap. Berdasarkan pertuduhan, ibu tunggal terbabit didakwa…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya