BAU – Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang lelaki yang hilang di Gunung Singai sejak empat hari lalu masih gagal menemui mangsa. Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sarawak Tiong Ling Hii berkata operasi SAR hari keempat hari ini dimulakan pada pukul 8.40 pagi dan turut disertai Ahli Parlimen Mas Gading, Mordi Bimol. Kekuatan anggota SAR hari ini terdiri daripada 30 anggota bomba, lapan Pasukan Gerakan Am (PGA),…










