KUALA LUMPUR 14 Sept. – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V berkenan berangkat ke Majlis Khutbah Khas Solat Jumaat sempena Hari Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ke-85 di Masjid Khalid Al-Walid, Kementerian Pertahanan, Jalan Padang Tembak di sini. Keberangkatan tiba Seri Paduka disambut oleh Pemangku Panglima Angkatan Tentera yang juga Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Jeneral Tan Sri Affendi Buang; Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Laksamana Tan Sri Ahmad…











