TUMPAT 25 Sept. – Restoran Roti Tempayan Pasir Pekan, di sini hari ini mengagihkan pelbagai jenis roti dihasilkannya kepada orang ramai yang melalui Jalan Kota Bharu – Tumpat – Pasir Pekan dan makanan itu ‘licin’ dalam masa sepuluh minit.
Pemiliknya, Faizol Rohban berkata, agihan secara percuma itu sebagai tanda kesyukuran di atas sokongan yang diberikan oleh para pelanggan terhadap Restoran Roti Tempayan Pasir Pekan selama ini.
“Ini kali kedua kita mengagihkan roti percuma kepada pengguna jalan raya.
“Insya-Allah, jika ada rezeki kita akan teruskan agihan roti percuma dengan lebih meriah pada masa akan datang,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Antara roti yang diagihkan restoran tersebut ialah roti canai, roti tempayan, roti John dan hamlet. – UTUSAN ONLINE










