Adik balu CEO Cradle Fund ditahan polis - Utusan Malaysia

Adik balu CEO Cradle Fund ditahan polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 24 Sept. – Polis menahan adik kepada balu Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Cradle Fund Sdn. Bhd. (Cradle Fund), Nazrin Hassan yang maut dalam kebakaran di rumahnya Jun lalu.

Wanita berusia 39 tahun terbabit ditahan bersama suaminya yang berusia 41 tahun di Kiara View, Jalan Dato’ Sulaiman, di Taman Tun Dr. Ismail, di sini semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata, kedua-dua individu tersebut ditahan kira-kira pukul 10.20 malam.

“Mereka ditahan reman sehingga Khamis depan untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” jelasnya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Pada 14 Jun lalu, Nazrin dilaporkan maut selepas terpe­rangkap dalam kebakaran di bilik tidur rumah teres dua tingkat beliau di Mutiara Damansara akibat terhidu asap berpunca daripada letupan telefon bimbit milik mang­sa.

Bagaimanapun, pada 3 Ogos lalu, Fadzil mendedahkan kejadian yang disiasat sebagai mati mengejut itu diklasifikasikan semula di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh selepas polis mendapat keputusan bedah siasat serta laporan Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor yang me­nemukan kesan petrol dalam bilik Nazrin yang terbakar. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN