Abu Hassan selamat disemadikan - Utusan Malaysia

Abu Hassan selamat disemadikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM 9 Sept. – Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abu Hassan Omar selamat disemadikan di Makam Diraja Shah Alam kira-kira pukul 2.50 petang ini.

Perjalanan terakhir beliau menuju ke alam akhirat itu turut disaksikan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin.

Selain itu, ratusan sahabat handai termasuk golongan kenamaan, artis dan kerabat turut hadir memberikan penghormatan kepada Allahyarham.

Abu Hassan meninggal dunia malam semalam dipercayai akibat serangan jantung selepas tidak sedarkan diri di rumahnya sebelum dibawa ke Columbia Asia Hospital di Bukit Rimau.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri, Puan Sri Wan Nor Daud, empat anak, 15 cucu dan seorang cicit. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN