PUTRAJAYA – Ahli Parlimen Baling yang juga bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim (gambar kecil) ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Ibu Pejabat SPRM semalam.
Menurut sumber, abang Azeez, Abdul Latif yang juga pengurus besar sebuah syarikat di Sungai Buloh, Selangor turut ditahan.
Katanya, Abdul Azeez, 52, ditahan kira-kira pukul 11 pagi selepas hadir memberi keterangan bagi membantu siasatan berhubung kes menerima rasuah.
Memuatkan artikel berkaitan…
“Abdul Latif yang juga abang kepada Abdul Azeez pula ditahan 15 minit selepas itu.
“Kedua-dua mereka ditahan bagi membantu siasatan berkaitan dakwaan penerimaan rasuah daripada sebuah syarikat kontraktor bagi satu projek,” katanya.











