'Abang Is' didenda RM16,000, simpan 269 pasport warga asing  - Utusan Malaysia

‘Abang Is’ didenda RM16,000, simpan 269 pasport warga asing 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG – Seorang ahli perniagaan yang dikenali sebagai ‘Abang Is’ dalam kalangan pekerja warga asing dijatuhi hukuman denda RM16,000 atau 10 bulan penjara oleh Mahkamah Sesyen Sepang kerana menyimpan 269 pasport milik warganegara pelbagai negara tanpa kebenaran yang sah.

Hakim Saifulakmal Mod Said menjatuhkan hukuman tersebut selepas  P. Munisvaran, 35, yang tenang dalam kandang tertuduh sepanjang prosiding berlangsung mengaku bersalah atas dua pertuduhan yang dibacakan kepadanya di bawah Seksyen 12(1)(f) Akta Pasport 1966. 

Dia dijatuhi hukuman denda RM8,000 atau lima bulan penjara bagi setiap satu pertuduhan. 

Bagi pertuduhan pertama, Munisvaran mengaku bersalah bahawa 231 pasport warga asing berada dalam miliknya tanpa kebenaran yang sah di sebuah premis tidak bernama di Bandar Puteri Bangi pada kira-kira pukul 10.45 pagi 13 Ogos lepas. 

Dia turut mengaku bersalah kepada pertuduhan kedua iaitu sejumlah 38 pasport warganegara asing berada dalam miliknya tanpa kebenaran yang sah di dalam bonet sebuah kereta yang diletakkan di sebuah rumah di Nilai pada kira-kira pukul 7 malam hari yang sama. – Bernama 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN