KOTA BHARU 6 Sept. – Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) mengesan seramai 244 pelajar sekolah menengah di negeri ini yang didapati positif dadah menerusi saringan ujian air kencing yang dijalankan sehingga Jun tahun ini. Pengarah AADK negeri, Rohayu Ahmad berkata, walau bagaimanapun, statistik itu bukan kayu ukur untuk menentukan sama ada jumlah tersebut meningkat atau menurun berbanding tahun lalu. Jelas beliau, pada tahun lalu jumlah yang terlibat adalah seramai 274 orang.…










