AADK kaji semula program pemulihan - Utusan Malaysia

AADK kaji semula program pemulihan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 2 Sept. – Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) sedang mengenalpasti kekurangan dan kelemahan yang terdapat dalam program-program pemulihan penagih dadah di negara ini.

Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Zulkifli Abdullah berkata, beliau berazam memulihkan penagih sepenuhnya tetapi cabaran yang lebih besar adalah memastikan mereka tidak kembali menagih.

“Bayangkan selama ini kita membelanjakan sebanyak RM32,000 bagi setiap seorang penagih yang menjalani pemulihan di bawah program AADK selama dua atau tiga tahun.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Satu jumlah yang tidak dinafikan sangat tinggi dan kerajaan berbelanja besar kerana jumlah mereka yang hendak dipulihkan adalah terlalu ramai. Jadi saya benar-benar ingin memastikan kita tidak lagi membazirkan wang kerajaan begitu sahaja,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Beliau yang baharu dilantik pada 15 Ogos lalu sebelum ini merupakan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman diminta mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail semalam bahawa usaha membanteras gejala dadah disifatkan kurang berkesan dan tidak berjaya di negara ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini