9 lelaki Bangladesh beratur naik bas dirempuh Proton Satria - Utusan Malaysia

9 lelaki Bangladesh beratur naik bas dirempuh Proton Satria

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Dua lelaki parah manakala tujuh yang lain ­ce­dera ringan selepas dirempuh sebuah kereta ketika sedang beratur untuk menaiki bas di Jalan 5/1, Sepah Putri, Sek­syen 5, Kota Damansara di sini ­semalam.

SEBAHAGIAN daripada mangsa warga Bangladesh yang cedera selepas dirempuh Proton Satria ketika sedang beratur untuk menaiki bas di Seksyen 5, Kota Damansara semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8.45 pagi tersebut, dua lelaki warga Bangladesh itu mengalami kecederaan parah pada kepala dan anggota badan selepas terperosok di bawah kereta jenis Proton Satria dipandu seorang lelaki tempatan berusia 30 tahun.

Tujuh lagi rakan senegara mereka tercampak akibat rempuhan tersebut dan mengalami kecederaan pada beberapa anggota badan.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN