86,113 calon duduki UPSR di Selangor - Utusan Malaysia

86,113 calon duduki UPSR di Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM 24 Sept.- Seramai 86,113 calon berdaftar di negeri ini akan menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) hari ini.

Menurut Pengarah Pendidikan negeri, Mohd. Salleh Mohd. Kassim, kesemua murid menduduki peperiksaan tersebut di 787 pusat peperiksaan.

.Katanya, jumlah itu meliputi 450 pusat peperiksaan di Sekolah Kebangsaan, Sekolah Kebangsaan Jenis Kebangsaan (SKJK) Cina (113), SKJK Tamil (96), sekolah swasta (37) dan sekolah menumpang swasta (45).

“Berdasarkan rekod, calon berdaftar bagi UPSR tahun ini seramai 86,113 murid dengan jumlah calon bagi sekolah kerajaan sebanyak 81,843 dan 4,270 merupakan calon dari sekolah swasta.

“Manakala, Calon Berkeperluan Khas (CBK) yang menduduki UPSR pada tahun ini adalah seramai 253 calon,”katanya dalam kenyataan di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN