JOHOR BAHRU 6 Sept. – Dianggarkan kira-kira 750,000 rakyat asing bekerja secara haram di negeri ini atau 20 peratus daripada jumlah keseluruhan kumpulan berkenaan di negara ini, kedua tertinggi selepas Selangor. Pengerusi Jawatankuasa Kepenggunaan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri, Dr. S. Ramakrishnan berkata, malah ada dalam kalangan mereka kini menetap di kawasan kampung selain sudah mempunyai keluarga dan anak berusia 30 tahun. Beliau berkata, berdasarkan maklumat diperoleh daripada mereka yang…










