70 tahun setia membaca akhbar Utusan - Utusan Malaysia

70 tahun setia membaca akhbar Utusan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 17 Sept. – Selepas 80 tahun berlalu, Kumpulan Utusan buat pertama kalinya tampil dengan wajah baharu apabila akhbar Utusan Malaysia terbitan syarikat itu diterbitkan dalam saiz kompak, namun pengisian­nya masih tidak berubah dan kekal relevan sehingga kini.

ABDUL KARIM MAHAT pembaca setia <i>Utusan Malaysia</i> sejak 70 tahun lalu.” polopoly:contentfilepath=”image/image.jpg_gen/derivatives/landscape_240/image.jpg” polopoly:contentid=”1.749588″ src=”/polopoly/polopoly_fs/1.749588!image/image.jpg_gen/derivatives/landscape_240/image.jpg” /></picture><figcaption class=ABDUL KARIM MAHAT pembaca setia Utusan Malaysia sejak 70 tahun lalu. 

Menurut pembaca setia akhbar Utusan sejak 70 tahun lalu, Abdul Karim Mahat, 78, pembaharuan Utusan Malaysia dilihat lebih segar dan seiring dengan peredaran masa sekaligus menarik minat golongan muda untuk membaca akhbar nasional nombor satu negara itu.

Katanya, Utusan Malaysia mempunyai sejarah tersendiri sebagai akhbar Melayu paling berpengaruh dalam negara dan mengetengahkan kepelbagaian berita berban­ding akhbar tempatan lain.

“Saya masih ingat betapa sukarnya untuk mendapatkan Utusan Malaysia ketika akhbar ini mula dijual di Singapura dengan harga 15 sen kira-kira 70 tahun lalu. Ada dalam kalangan masyarakat ketika itu sanggup meluangkan masa di kedai-kedai makan untuk membaca akhbar yang dianggap eksklusif ini.

“Apabila Utusan Malaysia dijual di negara kita, akhbar ini terus mendapat tempat dalam hati orang ramai sehingga hari ini dengan pelbagai evolusi yang telah dilalui. Saya akan terus membacanya sehingga akhir hayat,” katanya ketika ditemui semasa promosi wajah baharu Utusan Malaysia di Pasar Tani Taman Bukit Cheras, di sini hari ini.

Sementara itu, seorang pembaca, Mohamad Saiful Haffis Mohamad Nasir, 33, berkata, wajah baharu Utusan Malaysia itu dilihat mampu menarik minat golongan muda untuk membaca akhbar tersebut.

Katanya, Utusan Malaysia bukan sahaja melaporkan isu semasa, namun turut mempunyai pelbagai segmen menarik yang memberi manfaat kepada pembaca.

“Wajah baharu ini mungkin boleh mengetepikan stereotaip golongan muda yang menganggap Utusan Malaysia hanya melaporkan isu politik semata-mata. Laporan berita sukan dan isu semasa akhbar ini sangat menarik dan mampu memikat hati anak muda untuk terus membaca,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN