KUALA LUMPUR 8 Sept. – Tujuh warga Bangladesh cedera parah selepas dirempuh sebuah kereta ketika menunggu bas di Jalan 5/1, Kota Damansara, dekat sini hari ini. Difahamkan, kejadian berlaku kira-kira pukul 8.45 pagi ketika kesemua mangsa sedang bersedia menaiki bas dan tiba-tiba sebuah kereta dipandu seorang warga tempatan merempuh mereka. Menurut saksi di lokasi kejadian, Bahari Sitam, 58, dia menyedari kejadian itu selepas mendengar dentuman kuat. “Apa yang saya dengar,…










