MIRI 20 Sept. – Enam nelayan tempatan ditahan kerana melakukan kesalahan menangkap ikan di zon larangan terletak kira-kira 4.3 batu nautika dari perairan Kuala Niah di sini semalam. Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Miri, Kapten Maritim Md Fauzi Othman berkata, aktiviti penangkapan ikan di kawasan yang tidak sepatutnya itu dilaporkan kepada pihaknya oleh orang awam pada kira-kira pukul 9.30 pagi. Beliau berkata, bertindak atas laporan diterima, sebuah bot peronda Maritim Malaysia telah menjejaki bot nelayan berkenaan dan berjaya mengesannya kira-kira pukul 10.30 pagi. “Semasa dikesan pada jarak…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya