6 hari ikut gadis cantik - Utusan Malaysia

6 hari ikut gadis cantik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAU – Seorang pemuda yang hilang enam hari di Gunung Singai di sini sebelum ditemui selamat semalam memberitahu dia mengekori seorang gadis yang sangat cantik selepas dihulur sekuntum bunga.

Selepas dilaporkan hilang pada pukul 8 pagi Isnin lalu, pasukan penyelamat pada pukul 8 semalam menemui Stanley Kho, 22, berhampiran trek pendakian yang terletak kira-kira 300 meter dari Pos Kawalan Bomba (PKB).

Semasa ditemui Stanley dalam keadaan lemah, kelaparan, kesejukan dan hanya berseluar pendek manakala baju serta telefonnya hilang.

Memuatkan artikel berkaitan…

Lokasi mangsa ditemui sudah diterokai pasukan penyelamat sebelum ini namun tidak mene­mui Stanley yang bekerja sebagai penjual kereta di Kuching. Stanley masih bujang dan berasal dari Sri Aman.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini