5 PATI ditahan, cuba menyeludup masuk secara haram di Lundu - Utusan Malaysia

5 PATI ditahan, cuba menyeludup masuk secara haram di Lundu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LUNDU 7 Sept. – Rejimen ke-4 Kor Armor Diraja berjaya menahan lima warga Indonesia yang cuba menyeludup masuk secara haram melalui lorong tikus ditahan di Kandaie, di sini semalam.

Jurucakap Markas Pemerintahan Divisyen Pertama Infantri Malaysia (1 Divisyen) berkata, tangkapan tersebut dibuat semasa pasukan tentera sedang melakukan rondaan di laluan lorong tikus yang sama pada pukul 9 pagi dan 10.20 malam tadi.

“Tangkapan pertama dibuat terhadap tiga pendatang asing tanpa izin (PATI) diikuti dua lagi pada sebelah malam.

“Kesemua PATI itu berusia antara 27 hingga 41 tahun tidak mempunyai sebarang dokumen perjalanan yang sah,” jelas kenyataan itu.

Tambahnya, hasil maklumat diperolehi kesemua PATI itu memasuki Sarawak untuk berkerja di kebun-kebun kecil dan ladang di sekitar kawasan itu dengan kadar upah RM30 hingga RM60 sehari.

“Pihak tentera seterusnya membuat laporan polis dan menyerahkan PATI berkenaan di Balai Polis Lundu untuk tindakan lanjut,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN