5 maut helikopter terhempas - Utusan Malaysia

5 maut helikopter terhempas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KATHMANDU 8 Sept.- Sekurang-kurangnya lima penumpang maut termasuk seorang pelancong Jepun apabila sebuah helikopter terhempas di kawasan lereng bukit hari ini.

Seorang pegawai berkata, seorang penumpang wanita terselamat namun cedera manakala seorang lagi masih belum ditemukan.

Pasukan penyelamat terpaksa berjalan kaki untuk menghampiri lokasi bangkai helikopter di kawasan hutan di lereng bukit berdekatan kejiranan daerah Nuwakot.

Sebelum ini, pihak berkuasa mengesahkan helikopter itu terhempas di Dhadhing, daerah berhampiran.

“Lima mayat, termasuk seorang rakyat Jepun, ditemukan. Kami cuba untuk menyelamatkan penumpang yang cedera dan mencari seorang yang hilang,” kata ketua polis Nuwakot, Basanta Bahadur Kunwar.

Helikopter itu membawa enam penumpang termasuk seorang rakyat Jepun, terputus hubungan dengan kawalan trafik udara selepas berlepas dari daerah tengah Gorkha.

Kunwar turut berkata, keadaan cuaca yang tidak menentu menyukarkan usaha menyelamat. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN