5 jenama kenderaan turun harga selepas SST - Utusan Malaysia

5 jenama kenderaan turun harga selepas SST

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PULAU PINANG 11 Sept. – Sekurang-kurangnya lima jenama kenderaan menyaksikan penurunan harga sehingga RM3,000 bagi model masing-masing selepas pelaksanaan cukai jualan dan perkhidmatan (SST).

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, jenama kenderaan itu termasuk bagi model Perodua; Honda; Toyota; BMW dan Volkswagen.

Tambah beliau, penurunan itu selari dengan hasrat kerajaan untuk menjamin kesejahteraan rakyat menerusi penurunan harga berikutan pelaksanaan SST yang menggantikan cukai barang dan perkhidmatan (GST).

“Saya dapat makluman ada beberapa jenis kenderaan yang harganya lebih murah selepas pelaksanaan SST dan memang hasrat kerajaan untuk mengawal harga menerusi pelaksanaan cukai ini,” katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Berikut adalah beberapa model kenderaan yang lebih murah selepas pelaksanaan SST:
Perodua Axia – RM40,390 (-RM1,107)
MyVi 1.5 – RM54,090 (-RM1,210)
Honda Jazz 1.5 – RM83,633 (-RM1,117)
Toyota Vios – RM93,200 (-RM780)
Volkswagen Polo – RM74,900 (-RM1,988)
BMW 118i – RM185,800 (-RM3,000)

– UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN