440,743 calon duduki UPSR - Utusan Malaysia

440,743 calon duduki UPSR

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 20 Sept. – Seramai 440,743 calon berdaftar akan menduduki peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang dijalankan pada 20, 24, 25, 26 dan 27 September ini di seluruh negara.

Lembaga Peperiksaan dalam satu kenyataan berkata, lembaga itu melalui Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) akan memastikan arahan yang diberikan oleh petugas peperiksaan adalah selaras di seluruh negara.

“Seramai 54,253 orang petugas peperiksaan yang terdiri daripada ketua pengawas, timbalan ketua pengawas dan pengawas telah dilantik oleh JPN untuk memastikan peperiksaan berjalan lancar.

Memuatkan artikel berkaitan…

“JPN perlu memastikan sekurang-kurangnya seorang petugas yang boleh berbahasa ibunda dilantik di SJKC dan SJKT bagi tujuan memberi penerangan lanjut jika arahan peperiksaan tidak difahami oleh calon,” kata kenyataan itu di sini hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, Ketua Pengawas perlu memastikan semua garis panduan dan arahan peperiksaan dalam jadual waktu peperiksaan dimaklumkan kepada calon sebelum peperiksaan bermula.

Petugas peperiksaan yang boleh berbahasa ibunda dibenarkan memberi penerangan berkaitan arahan peperiksaan tersebut dalam bahasa ibunda sekiranya diminta oleh calon.

“Walau bagaimanapun, semua penerangan dalam bahasa ibunda perlu dilakukan sebelum peperiksaan bermula. Tiada ada apa-apa arahan lain dibenarkan sebaik sahaja peperiksaan bermula,” katanya.

Arahan pada muka depan kertas peperiksaan boleh dibacakan dalam bahasa ibunda bagi kertas peperiksaan yang membenarkan atau memerlukan calon menjawab dalam bahasa ibunda.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini