MERIAH. Seramai 400 kanak-kanak dari 26 buah tadika swasta gembira menyertai perarakan dan pertandingan mewarna sempena sambutan Fiesta Kemerdekaan anjuran Permuafakatan Prasekolah Swasta di Manjung, Perak baru-baru ini.
Program gilang-gemilang tersebut dirasmikan oleh Ketua Unit Pendidikan Swasta, Jabatan Pendidikan Perak, Mohammad Sayuti Abas.
Pada majlis itu juga, kanak-kanak yang hadir turut mengambil bahagian dalam pertandingan deklamasikan sajak bertemakan hari kemerdekaan.










