40 kediaman terjejas ekoran ribut di Perlis - Utusan Malaysia

40 kediaman terjejas ekoran ribut di Perlis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR – Hujan lebat disusuli angin ribut selama sejam yang bermula pukul 10 malam tadi di seluruh Perlis merangkumi tiga daerah iaitu Kangar, Arau dan Padang Besar menyebabkan kira-kira 40 buah rumah terjejas dan mengalami kerosakan kritikal ekoran bencana itu.

Berdasarkan kenyataan Sekteriat Jabatan Pengurusan Bencana Negeri Perlis setakat pukul 1 pagi hari ini, 40 kediaman terjejas itu di Mata Ayer, Bintong, Kayang, Beseri, Sena, Chuping, Kuala Perlis dan Pauh.

Keadaan pintu gerbang yang runtuh di Perlis malam tadi.
Keadaan pintu gerbang yang runtuh di Perlis malam tadi.

 

“131 kes pokok tumbang dan 55 kes gangguan bekalan elektrik yang dilaporkan,” kata kenyataan itu.

“Operasi pembersihan pokok yang tumbang di jalan raya dan kediaman yang terjejas sedang giat dijalankan,” kata kenyataan itu.

Dalam perkembangan berkaitan, dua pintu gerbang yang sebahagian struktur binaannya yang berasaskan kayu turut roboh ekoran bencana itu.

Terdapat banyak pokok jati bersaiz besar dan sederhana di tepi jalan utama seluruh Perlis. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN