4 sekeluarga maut kemalangan - Utusan Malaysia

4 sekeluarga maut kemalangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEGAMAT 8 Sept. – Empat sekeluarga maut, manakala seorang budak lelaki terselamat apabila kenderaan pelbagai guna (MPV) Honda Stream yang dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan dengan sebuah treler di Kilometer 176, Jalan Johor Bahru-Seremban, berhampiran Kampung Melayu Raya, di sini petang ini.

Ketua Polis Daerah Segamat, Superintenden Raub Selamat berkata, kejadian pukul 1.40 petang itu mengorbankan, seorang lelaki dan wanita dewasa, seorang kanak-kanak lelaki dan seorang bayi perempuan yang meninggal dunia di tempat kejadian.

Beliau berkata, seorang lagi budak lelaki berusia 10 tahun yang tercampak keluar terselamat dan dibawa ke Hospital Segamat bersama-sama pemandu treler berkenaan yang turut mengalami kecederaan.

“Siasatan awal mendapati treler berkenaan dari arah Segamat sedang menghala ke Labis, manakala MPV tersebut pula dari Labis menghala ke Segamat.

“Dipercayai treler berkenaan telah hilang kawalan sebelum terbabas melanggar kenderaan tersebut. Kemalangan berlaku sewaktu hujan lebat,” katanya dalam satu kenyataan di sini sebentar tadi. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN