4 sekeluarga maut dirempuh treler - Utusan Malaysia

4 sekeluarga maut dirempuh treler

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEGAMAT – Kegembiraan lima sekeluarga mengha­biskan cuti panjang de­ngan pulang ke kampung ber­akhir tragedi apabila empat daripada mereka maut selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Honda Stream yang dinaiki dirempuh oleh sebuah treler di Jalan Labis-Segamat berhampiran Kampung Melayu Raya dekat sini semalam.

Empat mangsa yang maut dalam kejadian kira-kira pukul 1.40 petang itu ialah pemandu Honda Stream, Nur Faizlin Jamaludin, 37, suaminya, Nizam Daud, 51, dan dua anak mereka iaitu Nur Naqiya, 7, serta ­Muhammad Niyaz, 2.

Seorang lagi anak mangsa iaitu Muhammad Naqib, 9, dilaporkan parah dan kini dirawat di Unit Rawatan Rapi, Hospital Segamat di sini.

Lima sekeluarga itu dikatakan dalam perjalanan pulang ke kampung mereka di Kampung Gemereh di sini dari Pengerang sempena cuti hujung minggu.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN