JOHOR BAHRU 16 Sept. – Empat lelaki yang dilaporkan sesat selepas melakukan aktiviti mendaki Gunung Pulai 2 di Kulai, hari ini, ditemui dalam keadaan selamat. Muhamad Aidil Amsir, Mohamad Raziff Mohamed Raffi, Ammar Fikri Othman dari Ulu Tiram di sini dan Mohamad Syafiq Sani dari Taman Desa Jaya di sini, kesemua mereka berusia 24 tahun ditemui oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) pada pukul 1.44 petang. Pegawai Operasi dari Balai…









