KANGAR – Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) berjalan dengan tenang dan aman di 76 pusat peperiksaan merangkumi tiga daerah di Perlis iaitu Kangar, Arau dan Padang Besar hari ini. Pengarah Pendidikan Perlis, Izmi Ismail berkata, seramai 3,664 calon menduduki peperiksaan itu 76 buah sekolah. “Sekolah terlibat ialah 62 buah Sekolah Kebangsaan, 3 Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK), 10 Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan satu Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT).…










