36 pelajar, guru Kadet APM sertai Ekspedisi Kayak Pangkor 2018 - Utusan Malaysia

36 pelajar, guru Kadet APM sertai Ekspedisi Kayak Pangkor 2018

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU SELANGOR – Kira-kira 36 pelajar dan guru Kadet Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) menyertai Ekspedisi Kayak Pangkor 2018 di Pulau Pangkor, Perak bermula 28 hingga 30 Ogos lalu.

Pengarah Pertahanan Awam Negeri Selangor, Kolonel (PA), Ghazali Abd. Rahman berkata, aktiviti ekspedisi tersebut bertujuan menguji ketahanan mental dan fizikal selain menambahkan pengetahuan berkaitan ilmu pertahanan awam.

“Saya juga merasai pengalaman baharu ketika melakukan aktiviti ini walaupun jarak berkayak hanya sejauh sembilan kilometer namun keadaan laut terbuka sangat menguji ketahanan fizikal dan mental kami semua.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya harap aktiviti lasak seumpama ini dapat dianjurkan pada masa akan datang bukan sahaja melibatkan Kadet APM malah turut melibatkan pegawai dan anggota APM di daerah serta negeri Selangor,” katanya ketika dihubungi baru-baru ini.

Sementara itu, Pegawai Pertahanan Awam Daerah (PPAD) Hulu Selangor, Leftenan Mansor Ab. Rasid berkata, pihaknya sentiasa menyokong dan memberi kerjasama kepada Kadet APM Daerah Hulu Selangor dalam menjayakan apa juga program yang dirancangkan. 

“Pihak kami tiada masalah untuk memberi kerjasama dan sentiasa menyokong setiap aktiviti yang dirancang untuk Kadet APM Daerah Hulu Selangor.

“Saya yakin aktiviti ini mampu memberi impak positif kepada semua pelajar yang terlibat,” katanya.

Ekspedisi Kayak Pangkor 2018 telah dianjurkan oleh Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Hulu Selangor bersama Pejabat Daerah Pertahanan Awam (PDPA) Hulu Selangor. – K! ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini