KUALA TERENGGANU 27 Sept. – Seramai 36 artis veteran tanah air, terdiri daripada penyanyi, dramatis dan pelakon filem akan menyertai Kembara Budaya ke Terengganu mulai esok hingga Sabtu ini yang memberi ruang kepada para peminat bertemu dengan mereka. Program anjuran Persatuan Kebajikan Artis Veteran Malaysia (PKAVM) ini antara lain bertujuan mendekatkan diri dengan komuniti setempat di samping menjayakan aktiviti amal golongan tersebut. Antara artis yang menyertai program ini ialah pelakon filem box office ‘Hantu Kak Limah’,…










