35 rumah setinggan musnah terbakar di Sandakan - Utusan Malaysia

35 rumah setinggan musnah terbakar di Sandakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SANDAKAN – Sebanyak 35 rumah papan musnah dalam kebakaran di Kampung Gelam di Jalan Leila di sini, kira-kira jam 1.40 pagi tadi.

Penguasa Bomba dan Penyelamat Zon Sandakan Anddre Andrew berkata, pihaknya menerima panggilan kejadian tersebut pada jam 1.42 pagi sebelum mengejarkan 17 pegawai dan empat jentera bomba dan dua kenderaan utiliti ke tempat kejadian.

“Ketika tiba di tempat kejadian, api sedang marak dan merebak dengan cepat disebabkan kedudukan rumah yang rapat. Bomba dapat mengawal kebakaran itu pada jam 2.50 pagi sebelum berjaya memadamkan sepenuhnya pada jam 4.32 pagi,” katanya di sini.

Anggota bomba cuba memadamkan kebakaran di Kampung Gelam di Jalan Leila awal pagi tadi. - Foto media
Anggota bomba cuba memadamkan kebakaran di Kampung Gelam di Jalan Leila awal pagi tadi. – Foto media sosial

Andrew berkata, pihaknya tidak menerima sebarang laporan kecederaan membabitkan mangsa kebakaran.

Punca dan nilai anggaran kerugian juga sedang disiasat. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN