ALOR SETAR – Seramai 32,316 calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) negeri ini menduduki peperiksaan itu bermula Khamis lalu sehingga 27 September ini.
Menurut kenyataan Jabatan Pendidikan negeri yang dikeluarkan hari ini, sebanyak 568 pusat peperiksaan dibuka di 15 daerah di negeri ini.
Katanya, calon-calon tersebut membabitkan murid dari Sekolah Kebangsaan (SK) seramai 26,468 orang,
“Selain itu, Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina seramai 3,433 orang dan SJK Tamil 1,295 serta sekolah swasta 1,120 orang,” katanya.
Menurut kenyataan itu lagi, peperiksaan tersebut telah bermula pada 20 September lalu dengan kertas Bahasa Cina dan diikuti kertas Bahasa Melayu hari ini. – K! ONLINE










