30 Peratus pengundi Balakong tidak tahu tarikh pengundian - Utusan Malaysia

30 Peratus pengundi Balakong tidak tahu tarikh pengundian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 3 Sept. – MCA mendakwa kira-kira 30 peratus pengundi yang ditemui dalam tempoh 17 hari berkempen masih tidak mengetahui tarikh pengundian Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Balakong.

PRK DUN Balakong yang akan diadakan Sabtu ini melibatkan seramai 62,219 pengundi yang terdiri daripada 61 peratus pengundi berketurunan Cina, diikuti Melayu (30 peratus), India (8.8 peratus) dan bakinya lain-lain kaum.

Calon MCA bagi PRK DUN Balakong, Tan Chee Teong berkata, beliau akan menggunakan baki empat hari ini sebaik mungkin untuk mengingatkan pengundi mengenai tarikh penting itu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya bimbang pengundi lupa untuk menjalankan tanggungjawab mereka kerana ada di antara mereka yang masih keliru di antara 8 dan 9 September ini,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke Pusat Media PRK Balakong di Philea Mines Beach Resort, Seri Kembangan dekat sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini