3 terlibat sindiket lesen terbang direman - Utusan Malaysia

3 terlibat sindiket lesen terbang direman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA 5 Sept. – Seorang wanita dan dua lelaki yang dipercayai terlibat dengan sindiket pengeluaran lesen memandu yang tidak mengikut prosedur, diperintahkan menjalani tahanan reman selama lima hari bagi membantu siasatan bermula hari ini.

Perintah tahanan tersebut yang dikeluarkan terhadap wanita terbabit serta dua lagi lelaki kesemuanya berusia antara 40 hingga 56 tahun itu dikeluarkan oleh Penolong Pendaftar, Dorimah Mohd. Idris di Mahkamah Majistret Melaka.

Ketiga-tiga suspek yang memakai baju lokap berwarna jingga sebelum itu tiba di kompleks mahkamah berkenaan pada pukul 11.30 pagi diiringi pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Memuatkan artikel berkaitan…

Dipercayai suspek wanita yang berusia 56 tahun itu merupakan orang awam yang dipercayai pemegang akaun untuk urusan pengeluaran lesen manakala kedua-dua lelaki itu merupakan pengusaha pusat memandu dan tenaga pengajar.

Ketiga-tiga mereka ditahan selepas hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Melaka di Alai di sini pada pukul 6 petang hingga 7 malam semalam.

Difahamkan, sindiket itu terlibat dalam pengeluaran lesen tidak mengikut prosedur dan menjual lesen memandu tersebut pada harga RM3,000 setiap satu dan mula beroperasi sejak 2016.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini