MELAKA 5 Sept. – Seorang wanita dan dua lelaki yang dipercayai terlibat dengan sindiket pengeluaran lesen memandu yang tidak mengikut prosedur, diperintahkan menjalani tahanan reman selama lima hari bagi membantu siasatan bermula hari ini. Perintah tahanan tersebut yang dikeluarkan terhadap wanita terbabit serta dua lagi lelaki kesemuanya berusia antara 40 hingga 56 tahun itu dikeluarkan oleh Penolong Pendaftar, Dorimah Mohd. Idris di Mahkamah Majistret Melaka. Ketiga-tiga suspek yang memakai baju…









